Sunday, September 2, 2018

TANDA-TANDA MAD

 (TANDA-TANDA MAD)

Terdapat 2 pendapat  :

1)Pendapat ‘Iraqi : tidak memerlukan tanda sekadar


                    meletakkan huruf sahaja

2)Jumhur ‘Ulama : perlu letak tanda mad


Tanda mad

Baris panjang yang terangkat sedikit. Berasal daripada 


perkataan mad (مد) yang dibuang kepala dan ekornya.


Cara meletakkan tanda mad ,

Terdapat dua pendapat :

1- Terletak betul-betul diatas huruf mad (آ) : pendapat abu 


daud dan ini yang diamalkan.


2- Terletak tanda mad dihadapan sedikit pada huruf 
  mad.

Terletak tanda mad  atas huruf mad yang tiga iaitu :

alif, wau dan ya (اوي)  - apabila bertemu dengan 


                         hamzah muttasil atau munfassil.


Contohnya :

           Hamzah muttasil : جآء

           Hamzah munfassil :  أنفسكم وفى


Adapun mad badal dan mad lin tidak perlu letak tanda 


melainkan pada tempat isybaa’ (اشباع).

Contohnya : 
ءآمنوا  




Huruf mad terletak kepada dua 


1) Ditulis

2) Dibuang


Kalau ditulis huruf mad akan diletakkan tanda mad 


kepadanya  (جآء).


Kalau dibuang huruf mad terbahagi kepada 2 mazhab :

1- Letak tanda diatas huruf mad yang ganti   (شفعآؤا)  

 (bersepakat para syeikh dan ini yang diamalkan)


2- Mad yang difazaf dan tidak letak alif ganti  (  شفعىؤا)



Tambahan

-Jika pertukaran hamzah tashil : tidak perlu letak tanda 
               
 contoh :

اسرءيل

- Dan adapun huruf mad yang dibuang dan tidak diletakkan selepasnya hamzah dan sukun :


- Ya yang dihazaf :
 ے  لايستحي

- Ya zaidah :                                        دعان

- Silah ha dhomir dan mim jama’ :
 ان ربهۥ 


Maka ulama dhab mengeluarkan 2 pendapat :

1- Letak tanda ilhaq (  اوي), 
  
 contohnya : 
دعان ے  , ان ربهۥ  

- ini yang diamalkan.



2- Tidak perlu letakkan tanda ilhaq tapi letak tanda mad, 

  contoh :  
ے  من الحق     لايستحي



Dan pendapat pada ilhaq yang dibuang :

* ‘ulama dhab mazhab awal  : tidak perlu letak tanda 


  dan diikuti oleh setengah mazhab yang terdahulu


Perbezaan pendapat pada meletakkan tanda pada huruf mad

1- Sedikit yang berpendapat letak tanda atas huruf 


  mad dan ini yang diamalkan.

2- Pendapat yang lain mengatakan letak tanda mad 
  

  dihadapan sedikit.

Monday, June 4, 2018

Muqaddimah Ilmu Dhabt
MUQADDIMAH
 Dhabt Al Quran ( Ilmu Tanda )

Apakah 'Dhabt Al-Quran''Dhabt Al-Quran' ialah satu disiplin ilmu yang membahaskan mengenai tanda/simbol yang diciptakan oleh para Ulama' untuk membantu di dalam pembacaan Al-Quran. Contohnya tanda baris atas, bawah, dan depan, tanda sabdu, titik-titik pada huruf dan lain-lain lagi.

Pada zaman Rasulullah s.a.w dan para Sahabat r.a, Al-Quran ditulis tanpa apa-apa tanda/simbol seperti baris dan titik. Huruf-huruf Hijaiyah (seperti 'ba', 'ta', 'tsa', 'jim' dll) ditulis tanpa titik. Kebanyakan umat Islam ketika itu, mahir dan menguasai ilmu bahasa arab. Ini membolehkan mereka membaca tulisan Al-Quran walaupun tanpa titik, baris, dan simbol-simbol lain.

MUQADDIMAH  ILMU DHABT

DHABT

 Dari sudut bahasa :

-Sampai matlamat dalam memelihara sesuatu perkara

 Dari sudut istilah :

-Suatu ilmu yang memberi tanda kepada huruf-huruf Al-Quran dari segi harakah(baris), sukun(tanda mati), syaddah(sabdu),mad (panjang)dan lain-lain lagi.


KELEBIHAN DAN KEPENTINGAN DHABT AL-QURAN
Di antara kelebihan dan kepentingan Dhabt Al-Quran ialah :

1. Dapat membaca Al-Quran dengan tepat mengikut hukum tajwid.


2. Menghilangkan kesamaran cara bacaan pada tanda baris dan tanda hukum bacaan seperti tanda sabdu, mad, dan lain-lain.

     Alamat atau tanda-tanda yang terlibat dengan dhabt pada huruf-huruf al-Quran dari segi bentuk, warna dan tempat meletakkannya ialah:

- Harakah
- Sukun
- Syaddah
- Mad
- Hamzah

PERBEZAAN ILMU RASM DAN ILMU DHABT

Ilmu rasm:

       Dicipta untuk memberi perhatian pada permulaan dan waqaf (berhenti) kalimah al-Quran.
       Contoh: kalimah Muhammadun ditulis dengan hruf mim, ha’, mim & dal. Dibuang huruf nun yang bertanwin

      Berhubungkait dengan huruf pada kalimah-kalimah Al-Quran dari segi isbat dan hazaf (ada dan buang)

Ilmu dhabt:

      Dicipta untuk memelihara bacaan ketika wasal (bersambung)

       Contoh: Huruf nun yang mati dibiarkan tanpa tanda mati bagi menunjukkan berlaku hukum idgham pada nun tersebut apabila dibaca secara wasal.

      Berhubungkait dengan semua yang dipamerkan oleh huruf-huruf al-Quran dari segi baris, mati, syaddah dan sebagainya